Selamat Hari Ibu buat semua insan yang bergelar ibu , mak , mama , ummi , mummy dan lain - lain panggil tp membawa maksud yg sama....
Terima kasih yg x terhingga buat insan yang telah membesar kan , mendidik , menyayangi tanpa henti hingga ke hujung nyawa mereka....
Semalam ada sambutan hari ibu yg dianjurkan oleh rakan baik kami... tanpa disangka aku telah menerima sekeping kad yang ditulis dan dibuat sendiri oleh anak2 ku.... Hairul , Shahrul , Taqim juga menantu ku Fairuz..., beserta coklat kegemaranku....
Dihujung acara nama ku disebut dgn ayat lebih kurang mcm nie.." tidak dilupakan buat ibu angkat Shahrul yg tersayang yang telah banyak susah dengan Shahrul... kalo tgk ibu jgn terperanjat sebab ibu nampak muda... tapi ibu juga banyak jaga Shahrul... terima kasih ibu... inilah ibu angkat Shahrul Pn . Noraine... mana ibu..? mana ibu..? ibu mesti kenalkan suara nie... Tanpa dipinta airmata nie mengalir sbb rasa terharu kerana walau pn aku hanya sekadar ibu angkat tetapi masih dihargai dan diingati... Shahrul dan Fairuz telah menghadiahkan aku sejambak bunga...
TERIMA KASIH ANAK - ANAKKU.... Di atas ingatan kalian terhadap ibu... Selagi hayat dikandung badan dan selagi tubuh ibu masih sihat , ibu akan sentiasa menjaga anak - anak ibu....

2 comments:
best nye......selamat hari mk saudara x de ke....hehe
@diana
alhamdulillah..
Post a Comment